Halaman

Pendahuluan

Program j-QAF adalah suatu usaha memperkasakan Pendidikan Islam melalui penekanan khusus dalam pengajaran Jawi, al-Qur'an, Bahasa Arab dan Fardhu A'in yang dilaksanakan di peringkat persekolahan rendah. Pelaksanaan program ini menggunakan kurikulum serta model dan modulnya yang tersendiri. Program ini telah dilaksanakan mulai tahun 2005.

Sabtu, 21 April 2012

Kem Bestari Solat 2/2012

Cheras, 21/04/2012 – Panitia Pendidikan Islam dan Unit j-QAF Sekolah Kebangsaan Taman Puteri (SKTP) telah mengadakan program Kem Bestari Solat Kali Kedua untuk tahun 2012 pada hari ini. Jam 7:30 pagi, semua murid SKTP berkumpul di dataran sekolah sebelum murid-murid Pendidikan Islam dan murid-murid Pendidikan Moral memulakan aktiviti masing-masing. Murid-murid Pendidikan Islam dibahagikan kepada beberapa kumpulan untuk sesi bengkel dengan dibantu oleh beberapa orang guru SKTP dan guru pelatih sebagai fasilitator.

Panitia Pendidikan Islam dan Unit j-QAF SKTP mengucapkan ribuan terima kasih kepada guru-guru yang terlibat termasuk guru pelatih.

Program kem pada hari ini tamat pada jam 12:30 tengah hari.

Jumaat, 30 Mac 2012

Kem Bestari Solat 1/2012

Cheras, 30/03/2012 – Panitia Pendidikan Islam dan Unit j-QAF Sekolah Kebangsaan Taman Puteri (SKTP) mengadakan program Kem Bestari Solat Kali Pertama untuk tahun 2012 pada hari ini. Jam 7:30 pagi, semua murid SKTP berkumpul di dataran sekolah sebelum murid-murid Pendidikan Islam dan murid-murid Pendidikan Moral memulakan aktiviti masing-masing. Murid-murid Pendidikan Islam dibahagikan kepada beberapa kumpulan untuk sesi bengkel dengan dibantu oleh beberapa orang guru SKTP serta guru-guru pelatih sebagai fasilitator.

Panitia Pendidikan Islam dan Unit j-QAF SKTP mengucapkan ribuan terima kasih kepada guru-guru yang terlibat termasuk beberapa orang guru pelatih.

Program kem pada hari ini tamat pada jam 12:00 tengah hari.

Sabtu, 3 Mac 2012

Karnival Tadarus al-Qur'an Peringkat Zon Cheras 2012

Hulu Langat, 03/03/2012 – Bertempat di Sekolah Kebangsaan Tun Abdul Aziz Majid, telah diadakan Karnival Tadarus al-Qur'an (KTQ) Sekolah Rendah Zon Cheras. Panitia Pendidikan Islam dan Unit j-QAF Sekolah Kebangsaan Taman Puteri telah menghantar peserta-peserta untuk KTQ kali ini seperti tahun-tahun sebelumnya.

Jumaat, 10 Februari 2012

Sambutan Maulidur Rasul 1433

Cheras, 10/02/2012 – Panitia Pendidikan Islam dan Unit j-QAF Sekolah Kebangsaan Taman Puteri (SKTP) telah menganjurkan program Sambutan Maulidur Rasul 1433 Hijrah pada hari ini. Jam 7:30 pagi, semua murid Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral Tahun 1 hingga 6 berkumpul di dataran sekolah.

Selepas itu, murid-murid Pendidikan Islam berkumpul di dewan sekolah dan murid-murid Pendidikan Moral berkumpul di tempat lain.

Ustaz Saaban sebagai pengacara majlis memulakan majlis dengan ucapan. Ustaz Norjeehan memimpin bacaan doa'. Kemudian, Puan Ayu Aidi binti Abdullah (Guru Besar SKTP) memberi ucapan dan merasmikan program sambutan kali ini. Ceramah disampaikan oleh Ustaz Mohamad Azam.

Guru-guru lelaki SKTP membuat persembahan nasyid dengan diiringi oleh beberapa orang murid-murid lelaki.

Kira-kira jam 10:10 pagi, semua murid berehat di kantin sekolah. Selepas rehat, aktiviti pengajaran dan pembelajaran berjalan seperti biasa.

Khamis, 19 Januari 2012

Mesyuarat Panitia 1/2012

Cheras, 19/01/2012 - Bertempat di Bilik Mesyuarat Sekolah Kebangsaan Taman Puteri (SKTP), Panitia Pendidikan Islam dan Unit j-QAF telah mengadakan mesyuarat Panitia Pendidikan Islam Kali Pertama Tahun 2012. Mesyuarat bermula kira-kira jam 1:15 petang selepas tamat waktu persekolahan. Mesyuarat tamat kira-kira jam 2:25 petang.

Ia telah dihadiri oleh Puan Noor Aidah binti Sofian (Guru Penolong Kanan 1), Ustazah Repe’ah binti Musa (Ketua Panitia), Ustazah Nor’aini binti Masri (Setiausaha), Ustaz Norjeehan bin Ahmad Mustapa (Bendahari) dan Ustaz Saaban bin Ahmad (Ahli Jawatankuasa). Ustaz Mohamad Azam bin Ab Patah tidak hadir kerana menjadi guru pengiring perlawanan bola tampar.

Sabtu, 17 Disember 2011

Khasiat Penyubur Minda

Bantu anak anda. Dapatkan segera Coklat Minda jenama Hijrah. Sangat berkhasiat untuk semua peringkat umur. Terutama untuk kanak-kanak, pelajar sekolah dan universiti. Boleh terus dimakan tanpa perlu bancuhan air. Coklat Minda dengan rupa dan rasa sedap coklat sebenar. Senang dibawa, senang disimpan dan nyata berkesan.

Khasiat serta kebaikan Coklat Minda ialah boleh meningkatkan dan menguatkan daya ingatan. Mengembalikan semangat dan tenaga. Mengatasi tekanan. Menambah daya kreativiti. Mengekang perasaan mudah putus asa. Mempertingkatkan fokus dan tumpuan. Mengatasi perasaan rendah diri.

KLIK JUGA DI SINI UNTUK COKLAT MINDA.

Selasa, 15 November 2011

Kem Bestari Solat 4/2011 dan Majlis Penutup

Cheras, 15/11/2011 – Panitia Pendidikan Islam dan Unit j-QAF Sekolah Kebangsaan Taman Puteri (SKTP) telah mengadakan program Kem Bestari Solat Kali Keempat untuk tahun 2011 pada hari ini. Jam 7:30 pagi, semua murid SKTP berkumpul di dataran sekolah sebelum murid-murid Pendidikan Islam dan murid-murid Pendidikan Moral memulakan aktiviti masing-masing. Murid-murid Pendidikan Islam dibahagikan kepada dua kumpulan untuk program ceramah.

Selepas waktu rehat, murid-murid Pendidikan Islam berkumpul kembali di tempat tadi. Kemudian, semua murid Pendidikan Islam berkumpul di dewan sekolah untuk Majlis Penutup Kem Bestari Solat 2011. Puan Norliza binti Sulaiman (GPK Kokurikulum SKTP) menyampaikan ucapan perasmian penutup bagi Kem Bestari Solat 2011 yang telah dijalankan sebanyak empat kali. Majlis tamat pada jam 12:45 tengah hari.

Khamis, 20 Oktober 2011

Himpunan Umat Islam Malaysia

Cheras, 20/10/2011 – Panitia Pendidikan Islam dan Unit j-QAF Sekolah Kebangsaan Taman Puteri (SKTP) menyokong Himpunan Sejuta Umat (HIMPUN), Selamatkan Aqidah Umat yang akan diadakan pada 22 Oktober 2011 ini di Stadium Shah Alam, Selangor.

Apa yang kita mahu capai dalam Himpunan Sejuta Umat ini ?

-Untuk menerangkan kedudukan perkara yang sebenarnya tidak seperti yang digembar-gembur melalui media.

-Mengukur tahap kesatuan dan semangat kekitaan di kalangan orang Islam khasnya terhadap gerak-kerja Kristianisasi termasuk peristiwa 3 Ogos 2011 (membabitkan penyiasatan JAIS terhadap keterlibatan pihak Gereja DUMC yang cuba mendakyah orang Islam).

-Memberitahu rakyat perlunya persoalan aqidah ditangani melalui hujah agama bukan dibiarkan berlarutan menjadi modal politik.

-Menserlahkan Institusi Raja yang menjadi payung Bangsa Melayu dan Islam dalam hal peranan mereka dalam sama-sama menangani isu yang menyentuh sensitiviti orang Melayu Islam di negara ini.

-Menzahirkan kekuatan aqidah dan keimanan masyarakat Islam sambil memberi amaran tentang bahaya yang akan menimpa negara ini seandainya isu ini terus dieksploitasi.

-Menyedarkan rakyat tentang wujudnya peruntukan dalam Perlembagaan dan undang-undang negeri yang tidak mengizinkan mana-mana pihak mengganggu-gugat kesucian Islam serta tindakan mendakwahkan agama selain daripada Islam kepada orang Islam.

Rabu, 28 September 2011

Kursus Kemahiran al-Qur'an, Program Literasi al-Qur'an dan Program Bina Juara 2011

Kajang, 28/09/2011 – Bertempat di Pejabat Pelajaran Daerah Hulu Langat (PPDHL), telah diadakan Kursus Kemahiran al-Qur'an, Program Literasi al-Qur'an dan Program Bina Juara Peringkat Daerah. Panitia Pendidikan Islam dan Unit j-QAF Sekolah Kebangsaan Taman Puteri (SKTP) telah menyertai kurusus dan program tersebut. Ia telah diadakan pada hari ini dan akan disambung pada hari esok.

Ustaz Norjeehan bin Ahmad Mustapa telah dilantik sebagai Jurulatih dan Urusetia Kursus Kemahiran al-Qur'an, Program Literasi al-Qur'an dan Program Bina Juara oleh pihak PPDHL. Ustaz Saaban bin Ahmad sebagai guru pengiring dan peserta Kursus Kemahiran al-Qur'an. Dua orang murid SKTP pula terlibat dengan Program Literasi al-Qur'an dan Program Bina Juara. Muhd Aiman Jeffrey bin Ali Saifudin (2 Cekal) sebagai peserta Program Literasi al-Qur'an dan Muhammad Hariez bin Idris (5 Dedikasi) sebagai peserta Program Bina Juara.

Rabu, 24 Ogos 2011

Ihya' Ramadhan 1432

Cheras, 24/08/2011 – Panitia Pendidikan Islam dan Unit j-QAF Sekolah Kebangsaan Taman Puteri (SKTP) meneruskan program Ihya' Ramadhan pada hari ini dengan raptai untuk persediaan Majlis Khatam al-Qur'an Peringkat Sekolah untuk Tahun 2011 yang akan diadakan pada pagi esok di dewan sekolah. Pada malam esok juga akan diadakan pula majlis berbuka puasa, solat Maghrib, solat Hajat, bacaan ayat-ayat al-Qur'an, solat Isyak, solat Terawih dan solat Witir di SKTP. Murid-murid, para ibu bapa dan guru-guru dijemput hadir.

1 Ramadhan 1432 pada tahun ini ialah bersamaan 1 Ogos 2011. Sepanjang bulan Ramadhan pada tahun ini, pelbagai aktiviti telah diadakan. Antaranya ialah aktiviti pada waktu rehat. Guru-guru Pendidikan Islam dan j-QAF telah mengadakan program tazkirah, tayangan gambar dan tadarus al-Qur'an.

Jom Belajar Bahasa Arab

FLAG COUNTER

free counters

Facebook

Muat Turun Rancangan Pelajaran Tahunan PI & BA

Bahasa Arab 2005 SK Tahun 1

FOLLOW BY E-MAIL